Tuesday, 18 October 2011

70 Dosa Besar!


Setiap hari hidup kita tidak akan terlepas dari catatan malaikat yang sentiasa mengawasi kita. 
Firman Allah :

Dan sesungguhnya bagi kamu ada (Malaikat-malaikat yang mengawasi (pekerjaanmu).  Yang mulia (disisi Allah}) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan” [Al-Infitar: 10-12].

Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau cuba menghimpunkan jenis-jenis dosa besar sebanyak 70 perkara:
1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
2. Bersaksi palsu
3. Berjudi
4. Bersumpah palsu dan bohong
5. Berbohong
6. Bergambar di baju (bila solat)
7. Berperempuan pelacur
8. Berbuat buruk terhadap yang lemah
9. Berdebat dan memusuhi
10.Bersidat dayus
11. Bercakap kasar dengan orang tua
12. Dusta nama Allah dan RasulNya
13. Derhaka pada suaminya
14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya
15. Hakim derhaka
16. Homosex (seagama sejenis)
17. Kurang timbangan
18. Lari seorang hamba dari tuannya
19. Lelaki menyerupai wanita
20. Lari dari medan perang di jalan Allah
21. Membunuh manusia
22. Membunuh diri sendiri
23. Mengamalkan sihir
24. Meninggalkan solat lima waktu
25. Meninggalkan solat jumaat
26. Menderhaka kepada ibu bapa
27. Memutuskan hubungan silaturahim
28. Melakukan zina
29. Makan harta anak yatim secara tidak betul
30. Makan dari kekayaan yang haram
31. Memberi rasuah dan mengambil rasuah
32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33. Makan riba
34. Minum arak
35. Mencuri
36. Merompak
37. Melakukan kezaliman
38. Melakukan pengkhianatan
39. Menyebut-nyebut pemberian
40. Mengingkari janji
41. Memfitnah
42. Mengutuk orang Islam
43. Merasa aman dari kemurkaan Allah
44. Menipu harta rampasan
45. Melampui batas
46. Menuduh zina terhadap orang baik
47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48. Mempercayai nujum dan sihir
49. Menjadi bapa sanggup
50. Mencari kesalahan orang lain
51. Menganggu orang lain
52. Menganggu tetangga
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang
55. Mencaci sahabat-sahabat Nabi
56. Mengurangi wasiat
57. Meningkari takdir
58. Putus asa dari rahmat Allah
59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat
60. Riak mempamerkan diri
61. Sombong serta angkuh
62. Sembelih untuk selain Allah
63. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
64. Tidak mengeluarkan zakat
65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66. Tidak haji jika mampu
67. Tidak beristibrak kencing
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
69. Tipu daya
70. Wanita menyerupai lelaki

Diambil daripada blog yang HEBAT :)  Abg Wan Muhd Ali . Kunjunglah ke blog beliau. Blog Muslim :)

Xie Xie Ni because sudi baca ●ω●

2 comments:

Anonymous said...

jadi bapa sanggup dosa juak duhalll. baruk tauk:)

Huahaha said...

hahhahahaha. ya kmk terkejut. kmk pun sik phm juak gine bolh dosa indh. wallahualam.